Monday 23 July 2012

UNTUK CALON ISTERIKU.....

:131:Assalamualaikum....as usual la ea...pandai2 la jawab ye....
ye ! korang x salah bace..and aq pon x salah taip...no taipo error k....tajuk entry nie mmg UNTUK CALON ISTERIKU....
ermmm after all coretan nie bukan hasil karya aq la ye...
heee...bese lah plagarism nie mmg hobi aq...al maklum la...selalu apply kat assignment...

heee...but i just wanna share this note yg buat aq tangkap leleh depan skrin lappy ditemani setimbun tisu inggus dn air mate....eyek kn? ye aq tau...huhu.....tapi seriyez punyer tacing and romantik....

nak tau? meyh bace.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh untukmu, calon isteriku....

Tangan ini mula menulis apa yang telah dirangkai oleh hati ini didalam kalbu...

Aku mulai tertanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yg hilang..

Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi niat seorg muslim mencari sebahagian agamanya..

Acap kali aku mendengar ungkapan 'kau tercipta untukku'

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah...

Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, kini aku mengerti...

bahawa satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yg smmgnya dicipta khas

untukku iaitu DIRIMU....

Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan intelektual untuk bertemu dirimu...

Aku menginginkan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan sempurna dihadapanmu..

walaupon hakikatnya masih banyak lagi kekurangan diri ini...

Aku cuba mempelajari hakikat dan tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dgnmu

Aku cuba membataskan percakapanku dengan gadis lain dengan hanya lingkaran urusan penting..





:face57: kerana risau aku akan menceritakan rahsia diriku kepadanya....

kerana seharusnya engkau lah yang mengetahuinya.....

kerana dirimu adalah sebahagian diriku

ianya adalah hak bagimu mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.....

apabila diriku memakai kopiah...aku digelar ustaz.....

diriku diselebungi jubah....digelar syeikh...

lidah mengajak manusia kearah makruf digelar da'i.....

bukan itu yang aq pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah...

yang aku takuti diriku diberkati oleh...

wanita kerana perawakanku dan perwatakanku....

baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt semuanya singgah disisiku....

Aku risau imanku akan lemah diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini...

Rasullulah S.A.W pernah bersabda 'Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya

untuk seorang lelaki melainkan wanita...

Aku khuatir amalanku bukan sepenuhnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya...

Aku memerlukan diri mu untuk menghindari fitnah ini...





:face8:Aku khuatiri kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan ikhlas....

dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka..

meninggalkan kau seorang diri di syurga....

Aku sukar mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara

ribuan kaca menyilau...

:face10:Tapi aku pasti jika namamu yang tertulis di luh mahfus untuk diriku..

nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita....

Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku...

Sukar untuk mencari solehah mu andai solehku tidak setanding dengan ke'solehah'mu...

Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari mu..

'wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik'....

Jiwa remajaku ini mula meracau mencari cinta....

matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada disisi...

setiap kali aku merasakannya, aku mengenang dirimu....

di sana engkau setia menunggu diriku...

tetapi disini aku curang kepadamu andai aku bermain cinta fatamorgana....

sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku

mengajukan sendiri doa diperlindungi diri....

bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirirmu...

cukuplah agama sebagai pengikat kasih anatara kita...

Saat dimana aku melamar dirimu, akan kulihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasiaan diantara

kita kerana itu pesan nabi kita...

tidak perlu alis mata seakan mata unta, wajah putih seakan putih telur ataupon bibir semerah delima

tetapi cukup akidah sekuat akar, ibadah sebgai makanan dan akhlak seindah budi...

kahwinilah isteri kerana empat perkara :

KETURUNAN, HARTA, RUPA DAN AGAMA.....

dan jika engkau memilih agama engkau tidak akan menyesal....

jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini agar tidak tercurah

sebelum masanya...akan kujadikan syara' sebgai pendinding antara kita...

akan kujadikan akad nikah sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu...

biarlah kita mengikut nenek moyang kita, nabi adam dan siti hawa yang dinikahkan sebelum

bersatu agar kita dapat menikmati nikmat perkahwinan...

yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin...

doakan diri ku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku

memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku...



haaaa...amacam tersentuh an....huhu...andai ini yang dikatakan bakal suami ku pada ku bahagia nya diri nie kurasakan...haaa jgn men2..aq nie nampk je ganas dalam hati ade taman beb...layan yang romantis je...ahaks!

kalo korang nak tau mane aq jumpe ayat dramatis di atas

jgn lupe like and share video nie...

so that's all i wanna share....Assalamualaikum....

























:131::face57::face8::face10:

6 comments:

  1. nice..tersentuh jap.

    heee/jemput singgah blog lisa pula. sudi la kira nya join contest terbaru lisa
    http://lisaafha.blogspot.com/2012/07/contest-kerongsang-mutiara.html

    ReplyDelete
  2. thanks...ok luv to join....^^

    ReplyDelete
  3. follow sini , entry yg best ^^ follow me back kalau sudi sambil bg tunjuk ajar k ^^ salam ukhuwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks...sure i'm gonna follow u....boleh saja....salam ukhwah gak <3

      Delete
  4. terpana seketika membaca nye..

    ReplyDelete