Wednesday 26 June 2013

Nota

Assalamualaikum. Nak update blog sendiri perlukan masa 3 hari untuk ingat password. Terus maksudnya apa?. Hahaha. Ada org khabarkan kat aku. Irah, blog kau juga satu amanah. Oh yea?. Aku pikir ikut suka anak tekak aku je bila nak update.

I'm a university student that clearly free from hell weeks. Ye weeks!. Seminggu berlalu pergi. Sudah! tak mau aku kupas satu per satu nanah semester ni. Perit. Pedih. Ahk! Aku dah habis antiseptic tuk ilangkan si kuman yg meratah luka aku. Bisa.

Rindu. Perkataan yang memenuhi ruang hati. 2 julai bukan lama dah. Ahk! Aku rindu. Aku rindu masa lampau. Masa anak anak. Tiada masalah.Ye dulu aku wanita nakal itu. Aku wanita cetek itu. Kini,Langkah aku orakkan. Aku tatih. Daripada bodoh ke bijak. Daripada buta ke celik. Tak banyak hanya setapak. Tapi Allah pandang. Allah sayang. Terus Allah berikan ujian.

Kau aku cinta hanya dengan sekilas pandang. Aku gelarkan cinta kerana ini kali pertama aku jatuh dengan pandang pertama  . Haha. Ayat anak bodoh pada kau mungkin. Omel apa saja. Aku tau aku sapa. Aku tau aku mau apa. Aku tau aku cinta siapa. Kalau lima tahun lalu aku rasa ini. Salahkan monyet. Tapi pada kadar masa aku layak digelar matang. Mau salahkan siapa?. Apabila aku yakin Allah yang beri rasa.

Keluarga titipkan pesan "anak, ini mungkin yang terbaik untuk kita. Ini mungkin aturan tuhan. Perit nya mungkin seketika. Sini biar kami beri pelukan. Biar kami berikan ciuman. Agar hati luka menjadi sembuh". Harapan aku juga begitu. Tapi......

Orang jeritkan pada aku. "Oi! Sadar diri. Kau tiada siapa yang mau. Aku saja yang tutup mata menerima cela. Aku saja lelaki gila menerima kau seadanya. Terus buat apa berpaling pada dia! Buat apa pergi pada orang yg tiada usaha. Sini beri jasad kau. Walau tiada hati. Aku terima, kerana aku juga tiada hati untuk kau tapi punya jasad".

Sahabat belaikan dengan kata " ini takdir terbaik kau. Jangan terlalu obses pada yang satu sehingga kau tutup pintu hati. Ketuk! Buka! Campakkan hati kau pada "cinta" paksaan yang mungkin datang dari ilahi. Atau, Lawan! Berontak kalau kau tidak mahu. Apa susah?.

Najwa latif dendangkan " mungkin kita tak bersama itu takdirnya. Tak mengapa. Asal kau bahagia. Biar aku mencintai mu,  dalam diam ataupun bisu". Ketawakan aku. HAHAHAHAHA. untung untung aku boleh ikut serta mentertawakan nasib aku.

Tapi aku bukan anak tiada agama. Roh ditiup ketika dalam rahim bersama sumpah setia. Abah sudah azankan ditelinga. Kalimah syadah diungkap tanpa sia sia. Muhammad yang aku sayang dan aku cinta. Al-quran dijunjung dan dibaca. Aku islam!. Mengajar aku erti sabar dan ikhlas. Setanding apa dengan perih anak palestin. Seazab apa dengan anak syria. Sekurang kurangnya bila aku berdiri di sebelah mereka ketika di padang Allah satu hari nanti. Aku tidak terlalu malu. Tidak lah nanti mereka ketawakan aku. "Aduh!!!! Iman mu koyak kerana cinta????!!!!!!!!!". Allah!. Kami belum sempat merasa cinta manusia kerana sibuk mengangkat senjata untuk cinta Dia.

Malunya. Aku tidak mahu begitu ya Allah. Atas namaMu. Aku serahkan cintaku padaMu. Berilah pada yg selayaknya. Aku redha saja. Aku yakin kan janjiMu. Kalau dah jodoh tak kemana.

Sekian.