Tuesday 21 February 2012

Surat untuk Bakal Suami.......


Assalamualaikum.....x jawab dosa ek..jawab sayang saye...hikhikhik...*inspired by maria elena...
already see my title of my entry...sabar jap....relak..minum air dulu....telan pelan2..aq belum nak kahwin lagi...just in case....buat dulu awal2..t senang nak kahwin nanti tinggal beli printer and print je...pastu sblum akad nikah suro my husband-to-be sign je....hikhik
jodoh tu kan rahsia Allah....mati juga rahsia Allah...seronokan hidup dengan suprise....
sayang Allah...heee....Dia selalu jadikan hidup kita penuh ngan keseronokan...so just keep on live your life...
so to my  future husband yg aq x tau lagi sape orgnyer..yang aq x tau lagi sape name dy...yang aq x tau lagi asal usulnyer...
here the letters for u....

kepada bakal suami yg ku cintai,
kita bakal hidup bersama tidak lama lagi. jadi ade beberapa perkara yang aq harus jelaskan kepada mu agar kau lebih bersedia menerima aq menjadi pembantu khalifah untuk mu. Pertama sekali aq bukanlah satu satunya pilihan yg kau ada.  Aku tidak pernah memandang diriku pilihan yg terbaik untukmu. yang aq tau cuma satu. aq akan berusaha untuk memahami diri mu dan menerima diri mu seadanya setelah kita sudah sebumbung nanti. aq akan cuba menjadi isteri solehah dan setia membantu mu seandainya kau sukar di titian Sirat nanti. aq juga akan jadi isteri yang taat di bawah bimbingan mu...

aq juga tahu kau bukan lah lelaki yang paling sempurna pernah aq kenali... Namun kau juga harustau mengapa aq memilih dirimu untuk menjadi khalifah dalam rumah tangga yg bakal kita bina. Aku tidak menyatakan yang engakau pilihan terbaik yang aq ada... Sebaliknya aq merasakan yang diri mu cukup layak untuk membimbing aq ke jalan yang benar...dengan caramu melayan org disekeliling mu,ibu dan ayah mu,adik beradikmu... Namun itu x bermakna aq akn menganggap engaku tidak akan berubah dan sentiasa baik di mata ku...cukuplah sekadar aq sentiasa berdoa kepada Allah engkau sentiasa begitu dan aq yakin Allah mendengar doaku....

bakal suami yang aq kasihi,
aq sgt rapat dengan keluarga ku. ibu dan abah ku adalah hidup ku..adik beradik ku adalah teman sepermainan dan teman tidurku waktu kecil...maka aq berharap akan kekal rapat dengan keluarga ku sehingga malaikat maut mencabut nyawaku...kau juga punya keluarga dan aq yakin kau juga faham yang hubungan keluarga ini tidak mampu dibeli dengan wang ringgit sekali pon....jadi jgn lah kau sekat untuk aq terus berjumpa dengan keluargaku...sepertimana aq akan sentiasa memberikan ruang untuk kau bersama keluarga mu....jangan lah kau menzalimi aq dengan menggunakan kausa vetomu mengawal pergerakkan ku sehingga aq tidak boleh berjumpa dengan keluargaku...

aq merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga sebelum aq bertemu dengan mu dan aq berharap keadaan ini tidak berubah setelah aq disisi mu...sebagai wanita moden aq tidak mengharapkan wang berlebihan darimu..kerana aq punya gaji hasil titik peluhku untuk aq manjakan diri aq sendiri...cukuplah sekadar wang nafkah yg cukup tanpa perlu berlebih lebihan agar iman ku tidak ditutupi dengan wang ringgit yg membawa ku kepada si riak dan si takbur....aq juga berharap kau akan bertolak ansur jika aq menggunakan wang ku untuk dikirimkan ke ibu dan abah ku tanda aq kasih akan pengorbanan mereka membelanjakan wang untuk diriku...kita masing2 punya mak dan ayah...jadi fahamilah niat ku untuk membalas budi mereka sepertimana kau lakukan hal yang sama kepada ibu bapa mu....

wahai bakal suami yg budiman,
aq juga berharap kau akan sentiasa menjaga hubungan dengan ibu bapa mu...kerana restu ibu bapa sangat perlu untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi ini...jadi janganlah kau sakiti hati mereka dan cari lah keredhaan mereka sesungguhnya jika mereka meredhai hubungan kita...Allah juga akan bersama dengan kita hingga ke Jannah...begitu jugalah dengan hubungan kau dengan keluargaku...jangan lah kerana aq sudah jadi kepunyaan mu kau ketepikan mereka...sesungguhnya kerana mereka lah aq telah membesar dengan sempurna. berterima kasihlah kerana mereka telah tabah dan sabar dalam mendidik aq sehingga aq telah dewasa begini...aq juga akan membalas budimu dengan berbuat baik kepada ibu bapamu sepertimana aq bertanggungjawab terhadap ibu bapaku sendiri..sesungguhnya wajib untukku meyayangi ibu bapa mertua ku seperti ibu bapa ku sendiri...

bakal pemimpin ku sayang,
Poligami itu memang hak mu yang mutlak dan tiadalah kuasa ku menghalang hukum Allah...Namun sekiranya sampai keperluanmu untuk berpoligami...nyatakan lah dulu hasrat mu kepada ku agar aq tidak terkejut dengan hasratmu..Aq memahami keperluan lelaki sehingga dibenarkan menikah lebih dari satu asal kan kau berlaku adil....adil itu bukan kau yang mengadili..tapi kami isteri yang diadili...maka berlaku adillah semampu kamu kerana aq percaya apabila timbul kemahuan itu..kau sudah cukup muhasabah diri menghakimi diri sendiri akan kelyakan mu berpoligami...tidaklah sanggup aq melihat kamu berjalan senget di hari pengadilan nanti...

akhir sekali aq sedar akan perangai ku yang keras kepala dan tidak suka dikongkong oleh orang lain...terima kasih kerana menerima ku seadanya...terima kasih kerana berusaha untuk menerima diriku walaupon mungkin sikap ku tidak senang di mata mu...Namun
aq adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskan lah aq dengan kasih sayang....aq tidak dicipta dari kaki untuk dialasi...bukan pula dari kepala untuk dijunjung...tapi dekat dibahu untuk dilindungi...dekat pula di hati untuk dikasihi..maka kasihlah aq seadanya selagi aq layak untuk dikasihi...bukan berlebihan sehingga tepu dan bukan juga berkurangan sehingga layu

ikhlas dari bakal isterimu,
NUR SYAIRAH SAFFARUAN....

*19 tahun 8 bulan...belum nak kawin tapi just prepare.....heee...ampun....^_^

1 comment:

  1. Assalam. Terima kasih atas penghargaan post ni :)

    Jenguk-jenguk lah blog saya http://maisarahatan.com/surat-untuk-bakal-suami/

    ReplyDelete